Jumaat, 15 November 2013

jamuan akhir tahun+suprise birthday party=oh my happy family..

mak aii..panjangnya tajuk post..tajuk post dah macam pendahuluan rumusan..=.='
lama tak update..fuh fuh..bersin I sebab banyak sawang..nak buat macam mana.tak ada  benda yang menarik pon nak diupdate..#brokenenglish.kali ni pasal jamuan akhir tahun pulak..sekali la dengan suprise birthday party for cikgu azbi..kalau tidak buat apa I tulis tajuk panjang-2 macam rangka karangan tu.ehem ehem..banyak sangat dah I merepek ni..

haa..ni semua muka bahagia nihh..siap ada arca love lagi kat belakang tu..arca tu limited edition..cuba cari sweet couple dalam ni.. :D i think ada campur dengan muka lapar ni..
ini muka birthday boy yang ceria..Tuan Azbi Tuan Husin.dia cikgu ok.nampak saja muda macam student..actually birthday dia dah lepas..tapi hari ni baru kami sambut sebab baru ada masa..ala..lewat 3days ja..jangan la bekira sangat. :P
ni la rupa cake tu sebelum habis di makan oleh manusia.RIP cake.
budak-budak ni buli cikgu..kesian dekat dia..yang sweet couple belakang tu pon nakal wooo...ish ish ish..
acara memotong kek..kali ni tak ada acara suap menyuap macam biasa..bukan tak ada orang nak suap..tapi tempat tu banyak orang..kalau tidak boleh ja si Hui Min pi suap dia..
ini hadiahnya..neck tie..ini saja yang mampu.pasrah gila ayat.

comel tak Hui Min yang dekat sebelah tu? comel kan dia..haha..kalau dia baca ni kembang la dia..
tak tahu la apa motifnya.guna eye contacts budak dua orang ni..acecece..sweet loo..

cuba teka apa yang budak berdua ni tengah buat? cer teka, cer teka..hehe :D.tengah berebut benda tu.. kan I dah cakap tadi diorang semua tengah lapar..
semuanya cute kan..cuba tengok apa yang ada depan diorang..teserlah kelaparan mereka di situ..tak apa.tetap comel walaupun makan banyak..tapi tadi cece' balik awal..
gelojoh nak amat si Hui Min makan..sabar ye Hui Min..nasib baik tak tercekik..
Wuei Loon memang suka buat pose pelik-pelik..tapi tak apalah..
girls student..yang belakang tu I tak tahu la dia nak sabotaj ke apa..tapi semua buat muka ceria..al maklumlah dah kenyang..sayanglah cece' tak ada..
with boys student. Hui Min buat mata putih.aku yang pegang fone dia ni pon tergelak..yang si Hooi Zhe buat muka kering ja kena tarik telinga..semua yang dok belakang tu sabotaj cikgu..haish..sangat nakal woo..melampau woo..
sudah la tu.banyak sangat aku merepek ada pulak yang tak larat nak baca nanti.BTW terima kasih cikgu belanja kami makan ok..lain kali nak belanja lagi tak?haha..melampau pulak I ni....HAPPY HOLIDAY!!!

Khamis, 12 September 2013

~We Are Rock~

Tanggal 13 September 2013 adalah tanggal kelahiran guru bahasa melayu kami.waaaa..ayat kau poyo habis. cikgu yang celebrate nak puasa haritu la.. menurut maklumat yang diterima ni birthday dia yang ke-2+6+5-10-1+5+3-2+15-7+2(kira sendiri)


this is our cikgu cun.cun kan!
alololo..sweetnya depa ni..
ni kek birthday dia.lighter tu kacau line je laa..tapi kek ni dah potong..BTW..thanks to wana yang bersusah payah buat kek ni..
ni hadiah special untuk cikgu..isi dalam tu dirahsiakan. si penerima ja yang tau apa ada dalam tu..
majlis penyerahan watikah kepada Datin Sri Fatin Izny.disempurnakan oleh Mr. Oii Chun Wei.. yang tepi-tepi tu sebagai hiasan je.


with 1/4 of the cake. bahagia betul budak-budak 4science ni..
cikgu fatin with girls student..
with boys student..3 of them are missing.

our cameraman..memang tekun dia ambik gambar..
tapi semalam memang best. dengan cikgu yang ayu+cun+sporting=rock..haaaha.









Selasa, 9 Julai 2013

C E L E B R A T I N G R A M A D H A N

assalamualaikum..waaahh.esok dah puasa.seronok la kan.tengok tajuk pun dah tau seronok kan.nampak gaya kelas ni asyik berseronok ja.bila masa yang belajar?ada masa kami belajar laa..haha.kali ni lain sikit.ada orang sponsor tau.haaa.best oo ada orang sponsor.kau ada?

ha tudia.muka exited(maybe). yang pakai tudung hijau tu la sponsor.dia cikgu kay.muda dan cantik lagi tau(bukan nak ampu tau).
muka lapar semua  ni(kesian).meriah betol kelas ni.pi sekolah macam pi party.hari-hari macam ni.ada yang pelik kat gambar ni.abaikan ja.tengok yang tak pelik.

okay.memang sah budak kelas ni lapar.lepas amik gambar terus serbu makanan.takpa.esok kan puasa.makan la puas-puas hari ni.
 yang pakat tepuk tangan macam kanak-kanak ribena ni bukan apa.birthday boy kat tengah tu.celebrate birthday dia sekali.macam-macam sambutan la kelas ni.
yang ni rajin tak hengat.orang dok makan dia bolah buat kerja sekolah.takpa lah, tahun depan boleh suggest dia jadi pelajar contoh(boleh ka?).next time boleh cikgu fatin sponsor nak celebrate raya,akhir tahun dan sebagainya.^_^
finally.esok kan puasa.so jangan lupa bangun sahur.selamat menunaikan ibadah puasa.semoga ramadhan kali ni membawa seribu makna.amiin.RAMADHAN IS A FULLY BLESSED MONTH!





Rabu, 12 Jun 2013

P A R T Y In The Class

kali ni betul-betul ada party.
terkejut,terharu,happy semua ada. btw terima kasih kawan untuk kek ni. 
tak sanggup nak makan.tapi dah habis.

 memang cantik.ada nama Dang dengan Fauzan dekat situ.ni kek birthday.bukan kek tunang la apala yang korang cakap tu..birthday kami berbeza sehari ja.
nanti boleh suruh wana,maryam and amalia beli lagi.
bahagia tak kami?memang kami bahagia.macam satu family.haa...tulah Fauzan.
baik kan muka dia.
see! dia kata muka dia muka innocent (innoccent la sangat). 
renung kek tu sampai nak tembus.apa motif dia? sorry i don't know.
dah habis separuh pun kek tu.
maryam suap i okay.terharu sangat.kenapa saya pegang tangan dia?
sebab kalau saya tak pegang dia akan sumbat semua dalam mulut saya.
comotlah saya nanti.
i suap amalia.i baik tau.i tak comotkan muka dia.i suap dia elok-elok (baik la sangat).
jangan salah faham.kami tak ada hubungan yang pelik-pelik.
tapi i sayang dia macam kakak i.
dia ni sebenarnya pencuri kek .tengok la.diam-diam ja dia potong kek tu.i'm joking okay.
terima kasih la dekat sapa yang buat semua ni.aku sayang hampa. terima kasih sebab bagi 'cadbury black forest' tu. tak jadi i keluar makan and kawad kaki tadi.tahun depan buat lagi yaa. :D






  












Selasa, 11 Jun 2013

H A V I N G F U N

Tengok tajuk macam ada party je.bukanlah.kelas dang buat gotong royong.
ada yang datang ada yang tak.tak apalah.
semua ada kerja masing-masing.
'habis yang datang ni tak ada kerja ke apa?'bukan kami tak ada kerja.kami banyak free time.
gambar ni tak ada kena mengena pon.blog saya.suka hati saya lah nak letak gambar apa pon.

Ni baru betul gotong royong.rajin tak budak berdua ni.Cik Maryam kata 
"aku lipat baju pon tak teliti macam aku lipat kertas ni"

Tu ketua yang merancang gotong royong ni(the blue shirt one)bersungguh dia buat kerja.
nampak tak kerajinan dia tu.

                                       
yang ni semua budak-budak yang hardworking (kononnya la).
rajin diorang datang awal pagi time cuti-cuti sekolah.

ni geng yang tengah mesyuarat dekat belakang kelas.diorang bincang apa nak buat bagi kelas lagi ceria tu.
(diorang ni kan banyak idea)
ni dah masuk part dah kurang tahap kerajinan.time ni dah masuk mood nak bergambar ja yang lebih.
sekali dengan kita join sekali.
lebar tak senyuman tu(macam iklan darlie).yang penting senyuman tu ikhlas bukan fake bagai.


jelas terpapar kebahagian di wajah kami(ayat cukup lain macam)

this our aunty(joke).cute kan dia.

uncle fauzan.weird ja muka dia.dia memang suka buat muka macam tu.

 kakak maryam.dia pendek.jangan cakap dia tinggi.


duduk atas meja pon nampak ketinggian dia yang macam buluh tu.entah apa lah yang dia makan sampai tinggi macam ni.


 dang nak fokus dekat papan kenyataan tu.menarik kan colour dia.however aunty tetap cun.

kesimpulan daripada post ni kami semua rajin.(pelik tak?aahhh.lantaklah)haha.